Tuesday 3 March 2015

MAKLUMAT JABATAN SAINS TAHUN 2015

A. PENGENALAN

Jabatan Sains adalah salah satu daripada jabatan yang baharu diwujudkan di Institut Perguruan Tawau mulai 1 Jun 2007. Sebelum itu, jabatan ini merupakan sebahagian daripada Jabatan Sains dan Matematik. Jabatan ini terdiri daripada tiga unit iaitu Unit Biologi, Unit Kimia dan Unit Fizik. Jabatan Sains bertanggungjawab dalam mengendalikan kursus berkaitan dengan mata pelajaran Sains Teras, Biologi, Kimia, Fizik dan Pedagogi Sains.  Sehingga November 2014, Jabatan Sains dianggotai oleh tujuh orang pensyarah akademik dan lapan orang pembantu makmal. Seramai tiga orang pensyarah dalam jabatan ini sedang melanjutkan pelajaran di peringkat doktor falsafah.

B. OBJEKTIF JABATAN

i)        Melahirkan guru Sains yang cemerlang

ii)        Memastikan setiap pelajar mendapat latihan dan memperolehi ilmu yang sewajarnya.

iii)       Memastikan setiap pelajar berpeluang untuk mengembangkan potensi individu melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan

iv)       Memastikan setiap pelajar mempunyai sahsiah yang cemerlang dan seimbang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

v)       Berusaha mewujudkan persekitaran dan budaya kerja cemerlang dalam kalangan warga jabatan


C. PIAGAM PELANGGAN

i)        Merancang, mengendali dan melaksanakan semua program dan aktiviti institut dengan cekap dan bersistematik

ii)        Memastikan semua pelajar cemerlang dalam peperiksaan yang melibatkan mata pelajaran Sains

iii)       Menyediakan peralatan dan bahan makmal sains sehari selepas borang pesanan diterima

iv)       Memastikan kebajikan dan keselamatan pelajar diberikan perhatian sepanjang pengajian di insitut

v)       Bersikap terbuka, mesra dan sentiasa prihatin terhadap pelajar dan peserta kursus serta pihak yang berurusan dengan jabatan

vi)       Memberi layanan mesra dan memenuhi keperluan semua pihak yang berurusan dengan jabatan

D. CARTA ORGANISASI JABATAN SAINS 2015





No comments:

Post a Comment