A. PENGENALAN
Jabatan Sains adalah salah satu daripada
jabatan yang baharu diwujudkan di Institut Perguruan Tawau mulai 1 Jun 2007.
Sebelum itu, jabatan ini merupakan sebahagian daripada Jabatan Sains dan
Matematik. Jabatan ini terdiri daripada tiga unit iaitu Unit Biologi, Unit
Kimia dan Unit Fizik. Jabatan Sains bertanggungjawab dalam mengendalikan kursus
berkaitan dengan mata pelajaran Sains Teras, Biologi, Kimia, Fizik dan Pedagogi
Sains. Sehingga November 2014, Jabatan
Sains dianggotai oleh tujuh orang pensyarah akademik dan lapan orang pembantu
makmal. Seramai tiga orang pensyarah dalam jabatan ini sedang melanjutkan
pelajaran di peringkat doktor falsafah.
B. OBJEKTIF JABATAN
i)
Melahirkan guru Sains yang cemerlang
ii) Memastikan setiap pelajar mendapat
latihan dan memperolehi ilmu yang sewajarnya.
iii) Memastikan setiap pelajar berpeluang untuk
mengembangkan potensi individu melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan
iv) Memastikan setiap pelajar mempunyai
sahsiah yang cemerlang dan seimbang selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan
v) Berusaha mewujudkan persekitaran dan
budaya kerja cemerlang dalam kalangan warga jabatan
C. PIAGAM PELANGGAN
i) Merancang, mengendali dan melaksanakan
semua program dan aktiviti institut dengan cekap dan bersistematik
ii) Memastikan semua pelajar cemerlang dalam
peperiksaan yang melibatkan mata pelajaran Sains
iii) Menyediakan peralatan dan bahan makmal
sains sehari selepas borang pesanan diterima
iv) Memastikan kebajikan dan keselamatan
pelajar diberikan perhatian sepanjang pengajian di insitut
v) Bersikap terbuka, mesra dan sentiasa
prihatin terhadap pelajar dan peserta kursus serta pihak yang berurusan dengan
jabatan
vi) Memberi layanan mesra dan memenuhi
keperluan semua pihak yang berurusan dengan jabatan
D. CARTA ORGANISASI
JABATAN SAINS 2015